Get your own Digital Clock

Friday, August 3, 2012

Tuhan Jagakan Dia.. :')

The most precious things that i ever had is you,my bestie's and my family..
ceritanya adalah tentang dia..
setelah hampir dua tahun dia menjadi sahabat,kini dia menjadi peneman yang setia..
Dia yang menjadi sebahagian dari nyawa dan nadi aku..
separuh dari nyawa dan nadi aku adalah keluarga dan separuh lagi adalah dia..
Harta yang terhebat aku sentiasa miliki adalah dia dan keluarga..
Seandainya aku hilang kedua-duanya,lihatlah betapa lemahnya aku untuk berdiri semula..
sekiranya aku kehilangan salah satu,aku akan patah sebelah dan hanya mampu bertahan dengan sebelah nyawa dan nadi sahaja..
Aku bergantung pada keluarga,tetapi dia adalah tempat kedua untuk aku bergantung..
Aku tak pernah berharap untuk di cintai atau diberi perhatian..
Aku cuma berharap untuk di hargai...
Selagi aku bernyawa,aku akan setia pada dia..
Taat pada kedua orang tua..
Seandainya jodoh aku ditetapkan dengan dia maka satukan lah dia dengan aku..
Setiap hari aku akan berdoa agar dia akan menjadi pembimbing aku di masa hadapan..
Perasaan gembira aku tidak dapat di ungkapkan di dalam sebuah penulisan kerana ia tidak akan pernah sama.. Sekali aku buka hati untuk seseorang maka itu tandanya aku benar-benar menerima kekurangan dan kelebihannya..
sekiranya di berikan peluang,setiap hari aku mahu mengarang cerita hanya tentang diri dia..
Dan sekiranya dapat,hari-hari pon aku nak ada dengan dia..
Dia buat aku tenang dan lari sebentar dari masalah aku..
Dia juga yang mengajar aku untuk jadi orang yang berani dan gagah.!
Dia ajar aku cara untuk membuat sesuatu perkara dengan sempurna sama seperti yang di berikan oleh kedua orang tua aku..
Dia terlalu sempurna buat aku walaupun sememangnya tiada manusia yang sempurna..
TUHAN..
Tolong jagakan dia tidak kiralah dimana sekali pun keberadaannya..
Doa aku tidak pernah putus untuk melihat dia berjaya menggapai cita-cita dan impiannya..
Semoga dia akan berjaya dengan jayanya satu hari kelak..
SEANDAINYA....
seandainya aku tidak ditakdirkan dengan dia ,maka aku akan redha dan menerima kenyataan..
sesungguhnya jika dia tidak tertulis buat aku maka akan ada yang lain buat aku..
dan mungkin tertulis yang lebih baik buat dia..
Ada masanya aku mencuba mengawal perasaan agar tidak terlalu cemburu dan tidak terlalu sayang pada dia..
Tapi.. semuanya hanya sia-sia kerana aku tidak akan pernah mampu melakukannya..
Ini kerana kau adalah yang terbaik yang pernah aku miliki..!
=)

No comments:

Post a Comment