Get your own Digital Clock

Friday, February 17, 2012

ketidakpuasan hati kau...

tidak aku memahami mengapa dan kenapa..
apakah motif yang tersembunyi .?
niat kau perlakukan ake sebegitu mengapa.?
kau katakan bahawa aku adalah kawan mu..
tapi mengapa kau mengkhianati kawan mu..
apa sahaja yang aku punyai kau juga mahu..
KAWAN,DUIT,TELEFON BIMBIT,BAJU,SIKAP dan PERANGAI aku..
mengapa kau mahu semua seperti aku..
kau cuba menjadi aku...
kau rampas kawan-kawan ku daripada aku..
kau bercerita besar di hadapan aku..
setelah kau rampas kawan-kawan ku daripada aku..
kau cuba untuk menarik perhatian mereka..
kau buat teman-teman aku untuk jatuh hati dengan kau..
dan kemudiannya kau kecewakan mereka..
untuk apa kau berbuat sebegitu..
setiap apa yang aku punya kau juga mahukannya..
IPAD,HANDPHONE,GITAR,MOTOR,KERETA dan apa lagi.?
untuk apa kau mahu berlumba-lumba dengan aku..
kerana kau mahu orang sekeliling memandang kau kah.?
kau memang kawan MAKAN kawan..!
tapi aku akan tetap bersabar dengan sikap kau yang sebegitu..
kerana aku tahu setiap satu yang kau cuba ambil dari aku,aku akan perolehnya semula..
bermula dari detik dan saat ini..
aku sudah terlalu SERIK mempercayai orang di sekeliling aku..

haihh laa kawan..aku rindu..

kawan ku..
aku terlalu merindukan kau..
rindu untuk mendengar nasihat dan perhatian kau wahai kawan ku..
terlalu aku rindu setengah mati pada kau wahai kawan..
ingin aku hubungi kau untuk bertanyakan khabar tetapi aku takut..
aku takut tidak akan ada respon..
mahu mencuba tapi takut akan kecewa pada respon yang kau akan berikan kawan..
biarlah aku terus menunggu kau untuk menghubungi aku kawan..  :)
aku masih akan tetap bersabar menanti..
 AKU RINDU KAU SETENGAH MATI KAWAN.! 
semoga kau berbahagia di sana..

aku rindu untuk lepaking bersama kau lagi kawan ku..
mungkin mustahil tapi aku masih berharap akan ada keajaiban ..  :)
ini sahaja gambar yang aku punya yang aku simpan buat kenangan..

Thursday, February 16, 2012

biarkan aku terus memendam.. :')

memang benar kata orang sekeliling..
jangan terlalu memendam perasaan sendirian kerana kelak ia akan membuat kita sakit..
akan tetapi aku lebih selesa sebegini..
menyembunyikan lebih baik buat aku kerana aku tidak mahu menyusahkan orang sekeliling aku dengan membebani mereka berkenaan aku..
sekiranya terlalu perit pun buat aku untuk terima,aku hanya perlu menangis seketika untuk meredhakan hati aku yang sedang membengkak dek kerana terlalu makan hati..
janganlah memaksa aku untuk meluahkan perkara yang sememangnya aku tidak mampu untuk luahkan kepada sesiapa..
aku selesa dengan keadaan seperti ini..
dan biarkan aku terus sebegini menghadapi hari-hari aku..
hidup dengan rasa percaya pada cinta yang tidak punya bukti tersangatlah sukar..
siapa pun yang akan mengisi ruang hati aku,hanya yang maha esa sahaja yang ketahuinya kerana dia telah menetapkannya buat aku..
sebaik-baik takdir dia telah aturkan buat aku..
aku hanya berserah pada takdir..
aku tidak mahu mengejar sesuatu itu untuk mendapatkannya..
buat perkara lain mungkin aku boleh kejar sekiranya aku menginginkannya..
tetapi jika mengenai soal hati aku hanya berserah pada takdir sahaja..
aku tidak mahu mengubah sesuatu yang telah ditetapkan..
semoga ALLAH memberikan yang terbaik buat aku..
dan aku juga tidak meragui apa yang telah ditetapkan..sesungguhnya ALLAH mengatur yang terbaik buat hamba-hambanya..  :')

berdiri dia atas kaki sendiri :)

hari demi hari berlalu..
hari demi hari juga usia ku semakin bertambah..
perlu aku menyedari bahawa aku perlu berfikir lebih jauh ke hadapan..
memang seharusnya aku berfikir mengenai masa lalu..
akan tetapi sekiranya aku berfikir mengenai masa lalu maka sampai kapan pun akan tidak akan maju ke hadapan...
kini,aku perlu mengatur langkah aku..
aku perlu menghindar dari pelbagai macam perkara untuk menjadikan aku lebih matang...
aku melukakan hati manusia lain kerana aku memikirkan tentang kau..
akan tetapi hubungan antara kau dan aku masih tetap renggang sama seperti dahulu juga..
akan tetapi aku bersyukur juga dalam pada masa yang sama kerana ALLAH memperlakukan seperti itu agar kita menghindar daripada melakukan maksiat..
akan tetapi dalam masa yang sama aku berkelakuan sebegini aku terlalu merindukan sahabat-sahabat aku yang semakin hilang dari aku..
teramat aku merindui mereka di dalam sudut hati aku yang paling dalam..
tapi apakan daya aku..
aku hanya mampu memendam sahaja semua perasaan aku..
aku simpankan rasa rindu terhadap shabat-sahabat aku kerana kau mengtakan bahawa kau sayangkan aku kerana ALLAH dan bukanlah kerana rupa,harta atau pangkat..
aku berfikir sejenak..mungkinkah kau anugerah yang telah ALLAH hantarkan kepada aku ..
INSYAALLAH sahaja jawapan yang aku perolehi..
kerana hubungan kita yang seperti ini..Membuatkan aku takut untuk percaya bahawa cinta itu pasti..
berkali-kali aku akan beritahu kepada manusia di sekeliling aku,aku takut untuk kecewa tetapi aku tidak akan tunjukkan setiap kekecewaan aku di hadapan manusia di sekeliling ku..
cukuplah hanya sekadar aku memendamnya sendirian..
Dek kerana perasaan sayang aku pada kau..
aku tahankan hati aku dan aku bersabar..
memang susah sekali bagi aku untuk melihat SMS atau panggilan dari kau masuk ke dalam skrin telefon bimbit aku..
tetapi aku masih tetap menanti dengan penuh sabar..
Adakalanya aku berputus asa untuk meneruskan perhubungan ini..
Semangat dan kepercayaan aku jatuh sama sekali semasa aku mengenali seorang sahabat..
dia membuat aku bangun dari segala kesedihan dan perasaan makan hati pada kau..
saat itu aku memang seolah-olah sudah tidak memerlukan kau tapi pada hakikatnya kau sangat baik..sehinggakan sukar bagi aku untuk membuat keputusan...
aku tersepit pada masa ketika itu..sehinggakan berlaku pertelingkahan yang agak besar antara kau dan aku..tetapi aku masih mahu menghadapi kau walaupun aku berasa sangat terluka pada masa dan ketika itu.. Aku sabar kerana aku mahu belajar untuk menerima seseorang dari kelebihan dan juga kekurangannya..
Lagu yang aku letakkan di dinding mukabuku aku adalah tanda untuk memberitahu kau bahawa hati aku terluka..tapi kau seolah-olah tidak faham akan maksud yang aku ingin sampaikan..
sebelum ini aku yang sering bertegur sapa dengan warga-warga mukabuku kerana aku berasa sunyi..
tetapi kau perlu tahu..aku tidak berniat menggunakan mereka untuk membuat kau berasa cemburu..
setelah kau menyuarakan ketidakpuasan hati kau pada aku mengenai hal itu,aku melihat semakin banyak wanita-wanita lain yang bertegur sapa dan ditegur oleh kau di dinding mukabuku kau..
Pedih hati sebenarnya melihat ,tetapi aku masih tetap sembunyikan perasaan aku dari terlihatkan dek kau.. Kerana aku terima kau dari keburukan sehinggalah kepada kebaikan kau..
Tetapi adakah itu caranya untuk kau berbalas semula dengan apa yang telah aku lakukan sebelum ini pada kau.. 
aku cuma mahu kau melepaskan aku sekiranya rasa cinta kau pada aku telah semakin pudar di dalam hati kau.... aku tidak mahu menjadi hamba cinta..
sekiranya kau sudah tidak punya rasa sayang pada aku lagi..lepaskan aku dan biarkan aku seperti sebelum kau mengenali aku..
terime kaseh wahai sang jejaka ..  :)




*agak bermadah lah aku mlm2 cmne..tapi hati aku rase mcm tue..  :'(