Get your own Digital Clock

Thursday, February 16, 2012

biarkan aku terus memendam.. :')

memang benar kata orang sekeliling..
jangan terlalu memendam perasaan sendirian kerana kelak ia akan membuat kita sakit..
akan tetapi aku lebih selesa sebegini..
menyembunyikan lebih baik buat aku kerana aku tidak mahu menyusahkan orang sekeliling aku dengan membebani mereka berkenaan aku..
sekiranya terlalu perit pun buat aku untuk terima,aku hanya perlu menangis seketika untuk meredhakan hati aku yang sedang membengkak dek kerana terlalu makan hati..
janganlah memaksa aku untuk meluahkan perkara yang sememangnya aku tidak mampu untuk luahkan kepada sesiapa..
aku selesa dengan keadaan seperti ini..
dan biarkan aku terus sebegini menghadapi hari-hari aku..
hidup dengan rasa percaya pada cinta yang tidak punya bukti tersangatlah sukar..
siapa pun yang akan mengisi ruang hati aku,hanya yang maha esa sahaja yang ketahuinya kerana dia telah menetapkannya buat aku..
sebaik-baik takdir dia telah aturkan buat aku..
aku hanya berserah pada takdir..
aku tidak mahu mengejar sesuatu itu untuk mendapatkannya..
buat perkara lain mungkin aku boleh kejar sekiranya aku menginginkannya..
tetapi jika mengenai soal hati aku hanya berserah pada takdir sahaja..
aku tidak mahu mengubah sesuatu yang telah ditetapkan..
semoga ALLAH memberikan yang terbaik buat aku..
dan aku juga tidak meragui apa yang telah ditetapkan..sesungguhnya ALLAH mengatur yang terbaik buat hamba-hambanya..  :')

No comments:

Post a Comment