Get your own Digital Clock

Thursday, February 16, 2012

berdiri dia atas kaki sendiri :)

hari demi hari berlalu..
hari demi hari juga usia ku semakin bertambah..
perlu aku menyedari bahawa aku perlu berfikir lebih jauh ke hadapan..
memang seharusnya aku berfikir mengenai masa lalu..
akan tetapi sekiranya aku berfikir mengenai masa lalu maka sampai kapan pun akan tidak akan maju ke hadapan...
kini,aku perlu mengatur langkah aku..
aku perlu menghindar dari pelbagai macam perkara untuk menjadikan aku lebih matang...
aku melukakan hati manusia lain kerana aku memikirkan tentang kau..
akan tetapi hubungan antara kau dan aku masih tetap renggang sama seperti dahulu juga..
akan tetapi aku bersyukur juga dalam pada masa yang sama kerana ALLAH memperlakukan seperti itu agar kita menghindar daripada melakukan maksiat..
akan tetapi dalam masa yang sama aku berkelakuan sebegini aku terlalu merindukan sahabat-sahabat aku yang semakin hilang dari aku..
teramat aku merindui mereka di dalam sudut hati aku yang paling dalam..
tapi apakan daya aku..
aku hanya mampu memendam sahaja semua perasaan aku..
aku simpankan rasa rindu terhadap shabat-sahabat aku kerana kau mengtakan bahawa kau sayangkan aku kerana ALLAH dan bukanlah kerana rupa,harta atau pangkat..
aku berfikir sejenak..mungkinkah kau anugerah yang telah ALLAH hantarkan kepada aku ..
INSYAALLAH sahaja jawapan yang aku perolehi..
kerana hubungan kita yang seperti ini..Membuatkan aku takut untuk percaya bahawa cinta itu pasti..
berkali-kali aku akan beritahu kepada manusia di sekeliling aku,aku takut untuk kecewa tetapi aku tidak akan tunjukkan setiap kekecewaan aku di hadapan manusia di sekeliling ku..
cukuplah hanya sekadar aku memendamnya sendirian..
Dek kerana perasaan sayang aku pada kau..
aku tahankan hati aku dan aku bersabar..
memang susah sekali bagi aku untuk melihat SMS atau panggilan dari kau masuk ke dalam skrin telefon bimbit aku..
tetapi aku masih tetap menanti dengan penuh sabar..
Adakalanya aku berputus asa untuk meneruskan perhubungan ini..
Semangat dan kepercayaan aku jatuh sama sekali semasa aku mengenali seorang sahabat..
dia membuat aku bangun dari segala kesedihan dan perasaan makan hati pada kau..
saat itu aku memang seolah-olah sudah tidak memerlukan kau tapi pada hakikatnya kau sangat baik..sehinggakan sukar bagi aku untuk membuat keputusan...
aku tersepit pada masa ketika itu..sehinggakan berlaku pertelingkahan yang agak besar antara kau dan aku..tetapi aku masih mahu menghadapi kau walaupun aku berasa sangat terluka pada masa dan ketika itu.. Aku sabar kerana aku mahu belajar untuk menerima seseorang dari kelebihan dan juga kekurangannya..
Lagu yang aku letakkan di dinding mukabuku aku adalah tanda untuk memberitahu kau bahawa hati aku terluka..tapi kau seolah-olah tidak faham akan maksud yang aku ingin sampaikan..
sebelum ini aku yang sering bertegur sapa dengan warga-warga mukabuku kerana aku berasa sunyi..
tetapi kau perlu tahu..aku tidak berniat menggunakan mereka untuk membuat kau berasa cemburu..
setelah kau menyuarakan ketidakpuasan hati kau pada aku mengenai hal itu,aku melihat semakin banyak wanita-wanita lain yang bertegur sapa dan ditegur oleh kau di dinding mukabuku kau..
Pedih hati sebenarnya melihat ,tetapi aku masih tetap sembunyikan perasaan aku dari terlihatkan dek kau.. Kerana aku terima kau dari keburukan sehinggalah kepada kebaikan kau..
Tetapi adakah itu caranya untuk kau berbalas semula dengan apa yang telah aku lakukan sebelum ini pada kau.. 
aku cuma mahu kau melepaskan aku sekiranya rasa cinta kau pada aku telah semakin pudar di dalam hati kau.... aku tidak mahu menjadi hamba cinta..
sekiranya kau sudah tidak punya rasa sayang pada aku lagi..lepaskan aku dan biarkan aku seperti sebelum kau mengenali aku..
terime kaseh wahai sang jejaka ..  :)




*agak bermadah lah aku mlm2 cmne..tapi hati aku rase mcm tue..  :'(

No comments:

Post a Comment